|
|
   |
| PENGGANTIAN TOTAL SENDI PINGGUL |
| Mengapa Pinggul Saya Sakit? |
 |
Pada suatu sendi pinggul yang sihat dan normal, gerakan membongkok,
melurus dan memusing diserapi oleh tulang rawan, membenarkan
sendi lesung bergerak dengan bebas tanpa sakit. Setelah sekian
lama, tulang rawan boleh mengalami kehausan atau kerosakan,
menyebabkan tulang bergeseran di antara satu sama lain. Ini
menyebabkan kebanyakan pesakit mengalami sakit dan kejang. |
Walaupun
ramai memikirkan yang sakit sendi adalah disebabkan
oleh kecederaan atau patah pada pinggul, namun ianya
sering juga akibat kehancuran tulang rawan (osteoartritis),
tulang rawan yang radang dan kejang (artritis rheumatoid
dan gout) dan kerosakan tulang akibat lama meminum alkohol
atau menggunakan streoid (nekrosis). |
|
| Apakah Penggantian Total Sendi Pinggul? |
Dalam
pembedahan penggantian total sendi pinggul, bahagian
sendi yang sakit diganti dengan sendi palsu (prostesis).
Sendi palsu ini terdiri dari 3 bahagian: mangkuk,
bola dan batang. Bahagian luar mangkuk diperbuat daripada
logam sementara bahagian dalamnya diperbuat dari plastik;
keseluruhan mangkuk boleh juga diperbuat dari plastik.
Apabila bola disambungkan dengan mangkuk, ini membenarkan
penggerakan yang licin tanpa geseran. |
|
 |
| Bagaimana
Saya Mengetahui Jika Saya Memerlukan Penggantian Sendi Pinggul? |
Pakar
bedah ortopedik anda akan memeriksa pinggul anda dengan rapi
secara ujian-ujian fizikal dan penganalisaan x-ray. Anda juga
akan disoal mengenai sejarah perubatan anda.
Pakar bedah juga akan meminta anda menghuraikan
mengenai sakit anda dan menyoal anda untuk memastikan masalah
sendi lain dan juga bagaimana kecederaan silam mungkin mempengaruhi
pinggul anda pada masa kini. Anda juga disoal bagaimana anda
telah merawat sakit anda pada masa lalu, sama ada melalui
terapi fizikal atau pun mengambil ubat-ubatan.
Kekuatan dan penggerakan sendi - sendi anda
akan diuji. Ketika ini, pakar bedah akan memerhati bagaimana
anda berjalan dan membongkok dan juga memastikan jika ada
masalah dalam cara anda bergerak.
Pakar bedah anda akan menggunakan gambar
- gambar x-ray untuk melihat perubahan - perubahan pada saiz
atau bentuk pinggul anda atau pun apa - apa keadaan luar biasa
untuk mengetahui sama ada pembedahan adalah pilihan yang terbaik.
Jika begitu, gambar-gambar x-ray juga berguna untuk memastikan
saiz dan muatan sendi ganti yang bakal digunakan.
Berasaskan pemeriksaan ini, pakar bedah
anda akan menentukan sama ada seorang calon untuk penggantian
total sendi pinggul. Walaupun ianya sering dilakukan, pembedahan
penggantian total sendi pinggul adalah suatu kaedah pembedahan
yang besar dan seharusnya dibuat hanya apabila rawatan secara
lain telah gagal. Mungkin anda dan pakar bedah anda ingin
mempertimbangkan pilihan - pilihan rawatan lain yang lebih
konservatif. Ini termasuklah ubat-ubatan atau suntikan untuk
sakit dan radang, terapi fizikal atau jenis-jenis pembedahan
yang lain.
Keputusan muktamad sama ada ingin atau tidak
untuk menjalani pembedahan penggantian total sendi pinggul
terpulang kepada anda, jadi tentu sekali anda ingin tahu risiko-risikonya.
Kemungkinan berlakunya komplikasi memang wujud sebelum dan
selepas pembedahan. Secara amnya, ini termasuklah jangkitan
kuman, pembekuan darah, radang paru-paru, sendi tercabut keluar,
kelonggaran prostesis dan kecederaan urat saraf. Pakar bedah
anda boleh menjawab soalan-soalan anda mengenai risiko-risiko
ini. |
| Bagaimanakah Rasanya Menjalani Pembedahan Penggantian Sendi Pinggul? |
| Sebelum
Pembedahan |
 |
Jika
anda dan pakar bedah anda telah membuat keputusan bahawa penggantian
total sendi pinggul adalah sesuai untuk anda, satu tarikh
akan ditetapkan untuk pembedahan anda. Beberapa perkara mungkin
diperlukan sebagai persiapan untuk pembedahan. Misalnya, pakar
bedah anda mungkin memerlukan anda diperiksa oleh pakar perubatan
dalaman atau doktor peribadi anda. |
Anda
juga harus menyelesaikan apa-apa rawatan ke atas gigi
anda oleh doktor gigi untuk mengelakkan sendi ganti
anda dijangkiti kuman yang masuk ke dalam darah dari
mulut anda. Jika pakar bedah anda memikirkan perlu atau
jika anda sendiri yang memilih, anda boleh menderma
darah anda pada peringkat awal supaya mengurangkan risiko
tubuh anda bertindak balas terhadap pemindahan darah. |
|
| Semasa
Pembedahan |
|
Pada hari pembedahan, satu tiub kecil akan
dimasukkan ke dalam lengan anda. Tiub ini digunakan untuk
memberi antibiotik dan lain - lain ubatan semasa pembedahan
sedang berlangsung. Anda kemudian akan dibawa ke dewan bedah
dan dibius.
Pembedahan biasanya mengambil masa selama
2 - 4 jam tetapi tertakluk kepada keadaan artritis pada sendi
anda. Dalam dewan bedah, satu tiub untuk mengeluarkan air
kencing akan dimasukkan ke dalam kemaluan anda dan akan dibiarkan
selama 1 atau 2 hari. Sarung kaki penekan dan sarung berisi
angin mungkin akan dipasang kepada kedua-dua kaki anda.
Pembedahan dilakukan melalui potongan kulit
di bahagian tepi pinggul. Bahagian hujung tulang peha (femur)
yang bulat akan dipotong dan diganti dengan bahan ganti yang
bulat dan berbatang. Simen tulang tidak semestinya diperlukan
untuk membuat bahagian ini menjadi stabil. Permukaan sendi
lekuk yang rosak kemudian dilicinkan sebagai persediaan untuk
menerima bahan mangkuk yang baru. Bahagian bulat dan mangkuk
kemudian disatukan. Apabila pakar bedah telah berpuas hati
dengan keadaan sendi yang diganti, barulah luka akan ditutup
kembali dan dibalut. |
| |
Selepas
Pembedahan |
|
Anda
akan mula sedar dengan perlahan ketika kesan bius mula berkurangan.
Seorang jururawat akan bersama anda dan beliau mungkin akan
menggalakkan anda supaya menarik nafas panjang dan batuk untuk
melapangkan paru-paru anda. Anda juga akan diberi ubat untuk
menahan sakit. Untuk mengelakkan sendi anda tercabut, bantal
atau suatu alat segi tiga yang diperbuat daripada foam akan
diletakkan di antara kedua-dua kaki anda. Apabila anda telah
sedar sepenuhnya, anda akan dibawa ke bilik hospital anda. |
| Apakah Yang Saya Harapkan Selepas Pembedahan? |
 |
Apabila
anda telah kembali ke bilik hospital anda, anda akan memulakan
program pemulihan untuk mendapatkan kembali penggerakan dan
kekuatan otot di sekitar sendi pinggul anda yang baru. Pada
hari pembedahan anda mungkin disuruh duduk di tepi katil dan
menjuntaikan kaki anda. Anda juga akan belajar bagaimana hendak
melindungi sendi pinggul baru anda semasa membuat aktiviti-aktiviti
harian. |
Secepat
mungkin, biasanya dalam tempoh 24 jam, jurupulih anggota
anda akan membantu anda berjalan beberapa langkah.
Di samping anda pulih, anda akan maju berjalan dan
menggunakan rangka pejalan ke tongkat ketiak hinggalah
ke tongkat tangan. Sebelum anda dibenarkan pulang
dari hospital, seorang jurupulih kerja akan mengajar
anda bagaimana menjalankan kerja - kerja harian di
rumah dengan menggunakan sendi pinggul anda yang baru.
Misalnya, beliau akan mengajar anda tentang cara-cara
ke bilik mandi, mengenakan pakaian, duduk atau berdiri,
mengangkat barang dan lain-lain lagi.
|
|
| Anda
akan dibenarkan keluar dari hospital setelah lebih kurang
2 - 4 hari atau apabila pakar bedah anda berpuas hati yang
anda telah pulih secukupnya. Anda mungkin dipindahkan ke sebuah
kemudahan kejururawatan untuk beberapa hari lagi. Semasa di
rumah, anda perlu meneruskan ubat-ubatan dan pemulihan anggota
seperti diarahkan oleh pakar bedah atau jurupulih anda. Cara
pemulihan paling cepat adalah dengan menjadi terus aktif,
berjalan dan membuat senaman pemulihan. Anda akan berjumpa
pakar bedah anda dalam masa 6 minggu untuk memantau keadaan
pemulihan anda. Dalam kebanyakan kes, penggantian total sendi
pinggul yang berjaya akan menghilangkan sakit dan kekejangan
sendi dan akan membolehkan anda menjalankan kebanyakan dari
kegiatan harian anda. Walaubagaimanapun, anda masih ada beberapa
pantang - larang setelah pulih sepenuhnya dari pembedahan.
Kegiatan biasa harian tidak termasuk sukan yang lasak atau
kegiatan yang mengakibatkan daya berlebihan ke atas sendi
pinggul anda. Walaupun sendi ganti anda boleh ditukar lagi,
ianya tidak akan sebaik yang pertama dan aktiviti- aktiviti
anda mungkin akan menjadi lebih terhad. Soalan-soalan mengenai
keadaan tertentu lebih baik dibincang dengan pakar bedah anda. |
| Untuk
maklumat lanjut, sila berjumpa atau hubungi:
Prof.
Madya Dr. Suhail Suresh Abdullah
M.D (UKM), M.S Orth (UKM)
Senior Lecturer / Consultant Orthopaedic & Arthroplasty
Surgeon
Knee and Hip Joint Replacement
(Special Interest in Minimal Access & Computer Aided
Joint Replacement)
Tel : 019 - 3795765
Tel :03 - 9170 3700 / 6700
Fax : 03 - 91712837
Email: drsuhail69@yahoo.com |
|
|