|
|
   |
| PENGGANTIAN
TOTAL SENDI LUTUT |
| Mengapa Lutut Saya Sakit? |
| Sendi
lutut anda adalah diperbuat daripada tiga tulang. Tulang paha
(femur) anda berada di atas tulang kering (tibia) anda. Apabila
anda membongkok atau meluruskan lutut anda, hujung bulat tulang
paha anda bergolek dan meluncur merentasi permukaan di atas
yang agak rata bagi tulang kering anda. Tulang ketiga kerap
dipanggil tempurung lutut (patela), yang tersangkut pada otot-otot
yang membenarkan anda untuk meluruskan lutut anda. Tempurung
lutut anda menyediakan sistem tuas untuk mengurangkan ketegangan
pada otot-otot ini. |
|
Dalam keadaan normal, lutut yang sihat mempunyai permukaan
tulang yang bersama adalah licin dan keras. Satu pengkusyenan
lapisan tisu yang dipanggil rawan, mencegah hubungan langsung
di antara tulang-tulang ini. Ketahanan lapisan tisu ini membenarkan
tiga tulang tersebut untuk bergerak tanpa mencipta geseran
atau permukaan tulang menjadi haus. |
Walaubagaimanapun,
apabila rawan ini menjadi rosak, tulang-tulang anda bergeser
bersama-sama menyebabkan geseran, sakit dan, akhirnya, kemerosotan
permukaan tulang. Punca-punca lazim kerosakan kepada rawan
anda adalah daripada pelbagai jenis artritis. Tiada ubat atau
rawatan yang akan membuatkan rawan yang rosak membesar kembali.
|
|
| Apakah Penggantian Total Sendi Lutut? |
| Di
dalam pembedahan penggantian total sendi lutut, bahagian daripada
tulang-tulang yang bergeser akan diletakkan dengan implan
logam dan plastik. Dengan menggunakan peralatan yang khas
dan tepat, pakar bedah anda akan membuang permukaan tulang
yang rosak. Kemudian penggantian permukaan akan dibetulkan
di tempat yang asal.
Permukaan atas tulang akan digantikan dengan
satu komponen logam yang bulat yang menyerupai permukaan lengkung
tulang anda. Permukaan tulang yang lebih rendah akan digantikan
dengan satu komponen logam yang leper bersama satu kepingan
ultra-tinggi-molekul-berat plastik polyethylene yang tebal
untuk dijadikan sebagai rawan. Di bawah permukaan tempurung
lutut juga digantikan dengan satu cakera yang bulat yang diperbuat
daripada plastik polyethylene yang sama. |
 |
| Bagaimana Saya Mengetahui Jika Saya Memerlukan Penggantian Sendi Lutut? |
Pakar
bedah ortopedik anda akan menjalankan pemeriksaan yang lengkap
mengenai lutut anda. Ini akan termasuk satu ujian jarak di
mana sejauh mana anda dapat membengkok dan meluruskan lutut
anda. Pakar bedah anda juga akan melihat kecacatan yang ada
pada kaki anda yang boleh menunjukkan sebagai keadaan yang
biasanya dipanggil pengkar atau lutut yang melengkung ke dalam.
Anda akan diminta untuk berjalan, duduk dan kemungkinan mendaki
dan jatuh beberapa langkah.
Pakar bedah anda juga akan bertanya soalan
untuk menentukan sejarah perubatan anda. Anda akan ditanya
tentang kecederaan-kecederaan, jangkitan-jangkitan dan kekacauan
lain yang anda telah alami dalam kehidupan anda. Pakar bedah
anda bertanya untuk mengetahui pengambilan ubat apa yang anda
ambil. Dan, sudah tentu, anda akan diminta untuk menjelaskan
sakit dalam lutut anda.
Akhirnya, pakar bedah anda akan mengambil
x-ray yang akan digunakan untuk penilaian berterusan mengenai
keadaan sendi lutut anda. Jika anda membuat keputusan untuk
menjalani pembedahan total sendi lutut, x-ray ini juga akan
digunakan untuk membantu pakar bedah anda memilih jenis dan
saiz yang terbaik buatan lutut.
Berdasarkan ujian ini, pakar bedah anda
akan menentukan sama ada anda adalah seorang calon yang sesuai
untuk penggantian total sendi lutut. Walaupun dengan meluas
dipraktikkan, penggantian total sendi lutut adalah satu prosedur
pembedahan yang utama dan hanya akan dipertimbangkan apabila
semua rawatan lain gagal. Terdapat banyak alternatif yang
konservatif yang pakar bedah anda dan anda mungkin mahu pertimbangkan.
Ini termasuk pengambilan ubat atau suntikan untuk kesakitan
dan keradangan, terapi fizikal, atau jenis pembedahan yang
lain.
Anda akan membuat keputusan mengenai jika
atau tidak untuk menjalani pembedahan total sendi lutut, supaya
anda akan mahu memahami risiko-risiko yang akan terjadi. Terdapat
komplikasi yang berpotensi akan terjadi semasa dan selepas
pembedahan. Umumnya, termasuk jangkitan, darah pekat, pneumonia,
prosthesis yang longgar, dan kerosakan saraf. Pakar bedah
anda dapat menjawab anda soalan-soalan mengenai risiko-risiko
tersebut. |
| Bagaimanakah Rasanya Menjalani Pembedahan Penggantian Sendi Lutut? |
| Sebelum
Pembedahan |
Jika anda dan pakar bedah anda membuat keputusan bahawa penggantian
total lutut adalah sesuai untuk anda, satu tarikh akan dijadualkan
untuk pembedahan anda. Beberapa perkara mungkin diperlukan
sebagai persediaan untuk pembedahan. Contoh, pakar bedah anda
mungkin menyuruh anda membuat pemeriksaan fizikal oleh pakar
perubatan atau doktor anda.
Oleh kerana proses pemindahan darah berkemungkinan
menjadi keperluan semasa pembedahan anda, anda mungkin perlu
menderma satu unit darah, atau dua unit jika pakar bedah anda
rasa ia diperlukan. Anda boleh menderma satu unit seminggu
sebelum pembedahan anda. |
| Semasa
Pembedahan |
| Pada
hari pembedahan, satu tiub kecil (tiub intravena) akan dimasukkan
ke dalam tangan anda. Tiub ini akan digunakan untuk mengawal
antibiotik dan ubat lain semasa pembedahan anda. Anda akan
dibawa ke bilik pembedahan dan diberi anestesia. Selepas anestesia
berkesan, lutut anda akan digosok dan disteril dengan satu
rawatan khas.
|
 |
Pembedahan
akan dimulakan dengan satu pemotongan atas lutut yang akan
mendedahkan sendi. Apabila tulang-tulang dapat dilihat sepenuhnya
oleh pakar bedah, peralatan yang khas dan tepat digunakan
untuk membuang permukaan-permukaan dan bentuk tulang yang
rosak untuk digantikan dengan implan. |
| Kemudian,
implan selamat diletakkan pada tulang. Kemungkinan juga
menjadi keperluan untuk menyesuaikan ligamen yang menyelubungi
lutut supaya fungsi lutut yang terbaik dapat dicapai.
Apabila pakar bedah berpuas hati dengan fungsi implan,
pemotongan itu akan ditutup. |
|
| Satu
salur keluar yang khas akan dimasukkan ke dalam luka untuk
mengeluarkan cecair-cecair yang ada semasa pembedahan berlaku.
Kemudian, satu pembalut yang disteril dibalut, dan anda akan
dibawa ke bilik pemulihan, di mana anda akan dipantau. Pembedahan
anda mungkin mengambil di antara satu hingga tiga jam, bergantung
kepada keadaan anda. |
| Selepas
Pembedahan |
| Selepas
kesan anestesia berkurang, anda akan mulai sedar. Seorang
jururawat akan bersama anda, dan akan menggalakkan anda untuk
batuk atau bernafas dengan mendalam untuk membantu membersihkan
paru-paru anda. Anda juga akan diberi ubat. Apabila anda sudah
sedar sepenuhnya, anda akan dibawa ke bilik hospital anda.
Lutut anda akan kekal bengkak dan tidak kuat untuk beberapa
hari. |
| Apakah Yang Saya Harapkan Selepas Pembedahan? |
Apabila anda berada di dalam bilik hospital anda, anda akan
memulakan program pemulihan yang akan membantu anda mendapatkan
semula kekuatan, penyeimbangan, dan pelbagai pergerakan lutut
anda. Program ini akan direkabentuk khususnya untuk anda.
Ia termasuk sebuah mesin, yang dipanggil mesin gerakan sedar
pasif, yang secara automatik menggerakkan kaki anda bagi membantu
mengurangkan kekakuan.
Ahli terapi fizikal anda akan membantu
anda menjalani senaman yang sesuai. Dalam 24 jam selepas pembedahan,
anda akan berkemungkinan diminta untuk berdiri. Selepas 24
jam, anda akan mula untuk berjalan beberapa langkah dengan
bantuan tongkat.
Anda akan dibenarkan keluar sebaik sahaja
pakar bedah anda menentukan yang anda telah pulih secukupnya.
Anda boleh menjangkakan untuk berada di hospital untuk lebih
kurang tiga hari selepas pembedahan anda. Anda kemungkinan
akan dipindahkan untuk sebuah kemudahan kejururawatan untuk
beberapa hari, seperti yang ditentukan oleh pakar bedah anda.
Pembalut dan jahitan akan dibuka sebelum anda keluar hospital.
Di rumah, anda perlulah meneruskan senaman
anda. Ahli terapi fizikal anda akan mengarahkan anda mengenai
penjagan yang sesuai di rumah.
Dalam tempoh enam minggu selepas pembedahan,
kebanyakan pesakit boleh berjalan dengan menggunakan tongkat.
Anda akan mungkin berasa sihat sepenuhnya untuk memandu kereta
dalam masa tujuh ke lapan minggu selepas pembedahan.
Dalam kebanyakan kes, kejayaan penggantian
total sendi lutut akan melegakan kesakitan dan kekakuan kaki
anda, dan membenarkan anda untuk melakukan aktiviti harian
anda. Tetapi, walaupun selepas anda telah pulih sepenuhnya
daripada pembedahan anda, anda masih tidak boleh melakukan
beberapa perkara. Aktiviti-aktiviti harian yang normal tidak
termasuk sukan atau aktiviti yang melibatkan ketegangan yang
berlebihan pada lutut anda. Walaupun lutut buatan anda boleh
diganti, ianya tidak akan sebaik yang pertama. |
Untuk maklumat
lanjut, sila berjumpa atau hubungi:
Prof.
Madya Dr. Suhail Suresh Abdullah
M.D (UKM), M.S Orth (UKM)
Senior Lecturer / Consultant Orthopaedic & Arthroplasty
Surgeon
Knee and Hip Joint Replacement
(Special Interest in Minimal Access & Computer Aided
Joint Replacement)
Tel : 019 - 3795765
Tel :03 - 9170 3700 / 6700
Fax : 03 - 91712837
Email: drsuhail69@yahoo.com |
|
|